2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

“CARI JALAN KEMBALIKAN KEKUATAN ISLAM” – TUN MAHATHIR

ANKARA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Malaysia, Turki dan Pakistan mencari jalan untuk mengembalikan kekuatan serta membina semula tamadun Islam sejagat supaya tidak lagi mudah diperlekehkan oleh sesiapa.

 

Tegas Tun Mahathir lagi, perkara yang paling penting adalah hasil dan bukan hanya pandai membuat kenyataan semata-mata.

 

“Negara-negara Islam mesti bersatu, bekerjasama rapat termasuk dari segi ketenteraan.

 

“Itu sebab mesyuarat tiga pihak (Malaysia, Turki dan Pakistan) bagi mencari jalan bekerjasama rapat,” katanya semasa sidang media bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Istana Presiden, semalam.

 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Erdogan diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.

 

Sumber: Astro Awani