2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ANGKA KORBAN BANJIR DI BANGLADESH CECAH 61  

 

DHAKA, 25 JULAI – Banjir buruk di Bangladesh kini telah meragut sekurang-kurangnya 61 nyawa dan menyebabkan hampir 800,000 kehilangan tempat tinggal dan menenggelamkan ribuan rumah hampir sepertiga negara itu.

 

Ia susulan hujan lebat selama dua minggu.

 

Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan menganggarkan hampir tiga juta lagi bergelut dengan banjir dan ia diklasifikasikan sebagai paling buruk dalam masa dua tahun,

 

Ketika paras air mula surut, pihak berkuasa menyuarakan kebimbangan mengenai penularan penyakit berjangkit di negara yang mempunyai lebih 160 juta penduduk itu.

 

“Dengan banjir mula surut di seluruh negara, ada kemungkinan penularan penyakit bawaan air.

 

“Itulah sebabnya memberi keutamaan membina loji rawatan air di kawasan kerap dilanda banjir,” kata setiausaha kementerian, Shah Kamal.

 

Sekurang-kurangnya 22 pesakit dengan gejala cirit-birit dan penyakit lain dimasukkan ke hospital di daerah Bogra, kata pakar bedah Gowsul Azam.

 

Jurucakap Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah di Bangladesh, Raqibul Alam, berkata 700 sukarelawan, termasuk 100 staf, terbabit dalam operasi bantuan di utara dan barat laut Bangladesh.

 

Dalam pada itu, Palang Merah turut menyediakan makanan, air minum dan bantuan lain selain sumbangan 4,500 taka (RM222) setiap keluarga bagi meringankan beban mangsa banjir.

 

Setiausaha kementerian kerajaan juga menyatakan kerajaan telah memperuntukkan 45.80 juta taka (RM2.2 juta) untuk membantu penduduk membina semula rumah mereka.

 

Sumber: Berita Harian