2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

POLIS BELANJA GAJI BULANAN BINA MASJID

NIGERIA, 6 Mac – Seorang polis di Nigeria membelanjakan gaji yang diperolehnya setiap bulan untuk membina sebuah masjid.

Dia turut menyediakan tempat mengambil wuduk di masjid itu bagi memudahkan orang Muslim menunaikan solat.

“Saya akan menghabiskan harta saya untuk ‘membina’ Islam dan Muslim, Insya-ALLAH,” katanya menurut laporan Life of Arabs.

Kisah penuh inspirasi ini juga menyatakan, kehebatan anggota polis tersebut sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak mendakwa polis memiliki sikap yang tidak baik.

Semua orang di dunia mengimpikan membina sebuah rumah, membeli sebuah kereta mewah dan menjalani kehidupan yang baik, namun tidak kepada anggota polis ini kerana dia mahu berbakti kepada ALLAH SWT.

“Beberapa orang ingin mendapat ganjaran yang tinggi dari Tuhan. Mereka membelanjakan wang untuk kegiatan ini dari gaji mereka untuk membina masjid, memberi makan kepada golongan miskin dan mencari rahmat ALLAH.

“Kebaikan dan sikap pemurahnya itu akan dihargai selepas kematiannya. Ini adalah salah satu perbuatan yang akan memberi manfaat kepada jiwa walaupun selepas dia meninggal dunia.” 

Sumber: Sinar Harian