2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

PEMANAS RUMAH BARU BUAT PENDUDUK SYRIA

Serantau Muslim telah membantu sebahagian pelarian Syria mendapatkan pemanas haba untuk digunakan pada musim sejuk.

Pemanas haba ini digunakan untuk mengurangkan kesejukan yang melampau setiap kali musim salji bermula.

Serantau Muslim difahamkan lebih daripada 95% keluarga pelarian Syria tidak mampu untuk menukar pemanas rumah ini kerana ia agak mahal dan inisiatif Serantau Muslim ini telah membantu mengurangkan beban yang dialami mereka untuk beberapa tahun ke hadapan.

Antara kem pelarian Syria yang menerima pemanas rumah ini ialah 100 keluarga di kem Al Mehbash, dan kem Al Dalhamie, mereka juga turut menerima 20 liter minyak diesel untuk setiap rumah.

50 buah keluarga di Kem Abo Obaida, Arsal juga telah menerima bantuan pemanas rumah dan minyak diesel ini.

Manakala kem Al Ali di Arsal, Al Naeem dan kem Al Ali telah menerima 100 pek makanan untuk kegunaan seisi keluarga.

Dalam misi agihan ini, kesemua penerima pemanas rumah mendoakan kebaikan buat kita semua di Malaysia.

Teruskan bersama kami dalam membantu mereka. Didoakan semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan dan memantapkan akidah umat muslim di sana sebaiknya. Aamiin.

Untuk tujuan sumbangan boleh layari www.serantaumuslim.org.my atau terus ke akaun Maybank – 5641 0042 3099 dan whasap slip pembayaran kepada Pegawai Jualan Serantau Muslim di talian 010-8659407.