2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

MISI WINTER 4 GAZA: 100 KANAK-KANAK TERIMA BAJU SEJUK DAN KASUT

Serantau Muslim telah berjaya menyampaikan bantuan baju sejuk dan kasut buat 100 orang kanak-kanak di Gaza, pada minggu lalu.

Bantuan ini telah diserahkan melalui rakan kerjasama Serantau Muslim di sana.

Kanak-kanak yang berada dalam serba kekurangan ini dibantu bagi memberikan kegembiraan buat mereka di sana.

Seperti yang semua maklum, keadaan di tempat mereka begitu menyentuh hati.

Tatkala kanak-kanak di Malaysia yang seusia mereka sibuk menghafal huruf hijaiyah dan mendapat sepenuh kasih sayang daripada ahli keluarga, tetapi mereka terpaksa bersama-sama ahli keluarga yang masih ada untuk mengharungi ‘keperitan’ hidup mereka walaupun masih berada di usia yang masih kecil.

Jadi program winter 4 Gaza ini adalah satu inisiatif bagi mengurangkan kesejukan kepada mereka dan seterusnya membawa keceriaan kepada anak-anak kecil tersebut.

Teruskan bersama kami, Insha-ALLAH, Serantau Muslim dalam membawa kebahagiaan kepada muslim minoriti di sana lagi pada masa akan datang.