2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-03-08 at 11.23.39 AM
Uncategorized @ms

Pasukan Taming Sari bersama Serantau Muslim jayakan Majlis Tazkirah Santai

Jumaat lalu, Serantau Muslim bersama-sama seluruh warga kerja Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Melaka telah berjaya mengadakan tazkirah santai buat julung kalinya di dalam menara tersebut selama 7 minit.

Seawal pagi, semua warga kerja Serantau Muslim dan Menara Taming Sari telah berkumpul untuk bacaan yassin dan doa selamat bagi program yang pertama kali diadakan itu.

Bacaan yassin pada pagi tersebut diketuai oleh Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Haji Mohd Nor, selaku Pengerusi Serantau Muslim.

Seterusnya, Ustaz Mohd Hakim meneruskan tazkirah santai di dalam menara dengan tajuk ‘Di Langit Melaka, Ku Temui Damai Yang Hilang’.

Menara Taming Sari yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Nasrul Ahmad menawarkan pakej istimewa kepada orang ramai untuk mengimarahkan Ramadan dengan menganjurkan majlis ilmu dalam suasana santai di dalam menara ikonik berkenaan.

Perkara yang lagi menarik dalam program kali ini adalah, tazkirah pendek disampaikan secara langsung pada ketinggian 80 meter, dan ini adalah inisiatif MTSB sepanjang ramadan, tawaran ini dibuka untuk pelajar pusat tahfiz, pihak masjid, pusat tahfiz atau badan bukan kerajaan (NGO).

Encik Nasrul Ahmad turut memaklumkan sebelum ini pengunjung hanya menikmati pemandangan sekitar Bandaraya Melaka selama tujuh minit sahaja tetapi menerusi tawaran Ramadan, tazkirah akan berlangsung selama 20 minit.

Diharapkan segala usaha manfaat ini membuahkan hasil yang baik buat sejagat dan agama kita. Aamiin.