2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-04-25 at 10.44.28 AM (1)
Uncategorized @ms

Narendra Modi sasar masyarakat Islam India dalam ucapan kempen pilihan raya

Parti pembangkang utama Kongres India memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu pada semalam dan mendakwa Perdana Menteri India, Narendra Modi secara terbuka menyasarkan minoriti Islam di negara itu dalam ucapan kempen.

Negara yang paling ramai penduduk di dunia itu adalah sekular dari segi perlembagaan dan kod pilihan rayanya yang melarang penyiaran berdasarkan sensitiviti perkauman, lapor Berita Harian.

Politik India yang mengutamakan penganut Hindu yang juga memberi kepentingan kepada Modi dalam rayuan pilihan rayanya dan pihak lawannya menuduh beliau telah meminggirkan 200 juta penduduk Islam di India.

Perdana Menteri India lazimnya akan mengelak daripada menggunakan atau merujuk secara terbuka terhadap perkara yang membabitkan agama.

Pada masa yang sama perkataan ‘Hindu’ tidak wujud dalam manifesto pilihan raya setebal 76 muka surat dalam parti Bharatiya Janata (BJP).

Bagaimanapun, pada perhimpunan pilihan raya di Rajasthan, Modi mendakwa pihak pembangkang sebelum ini mengatakan bahawa penganut Islam mempunyai hak pertama ke atas kekayaan negara berkenaan.

Beliau berkata, jika pihak pembangkang menang, ia akan diagihkan kepada mereka yang mempunyai lebih ramai anak.

“Adakah anda fikir bahawa wang titik peluh anda perlu diberikan kepada penceroboh? Adakah anda akan menerima ini?,” soalnya.

Pengkritik berkata, kenyataan berkenaan adalah merujuk kepada masyarakat Islam di India.

Dalam laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, parti Kongres itu berkata kenyataan yang berunsur memecahbelahkan, tidak menyenangkan dan berniat jahat itu disasarkan kepada komuniti agama tertentu dan secara terbuka melanggar undang-undang pilihan raya.

Menurut laporan atau aduan itu, mereka jauh lebih teruk daripada yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri yang pernah mentadbir dalam sejarah India.

Jurucakap parti Kongres, Abhishek Manu Singhvi memberitahu pemberita di luar pejabat Suruhanjaya berkata, pihaknya berharap tindakan konkrit akan diambil.

Modi dan BJP secara meluas dijangka mencapai kemenangan dalam pilihan raya India, yang bermula pada Jumaat lalu dan dengan keputusannya dijangka diumumkan pada 4 Jun depan.

Awal tahun ini, Modi mempengerusikan perasmian sebuah kuil besar kepada dewa Ram, yang dibina di atas tapak masjid berusia berabad-abad yang dihancurkan oleh penganut Hindu.

Pada masa yang sama BJP sering menggunakan kuil terbabit untuk berkempen. 

Dalam pada, diharapkan isu perkauman dan isu agama ini perlulah ditangani segera agar tidak menjadi merosakkan sesebuah negara. Hormatialah dan adililah ia sebaik mungkin.