2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

MAJORITI PENDUDUK JAKARTA TIDAK BERSETUJU PELAN PEMINDAHAN IBU KOTA INDONESIA

JAKARTA 27 Ogos – Hasil tinjauan yang dijalankan oleh Institut Kaji Selidik KedaiKOPI menunjukkan lebih ramai responden tidak bersetuju tentang pemindahan ibu kota negara ini ke wilayah Kalimantan Timur (Kaltim).

 

Republika.co.id merekodkan majoriti responden dari Jakarta menyatakan tidak setuju dengan rancangan terbabit.

 

“Penduduk Jakarta tentu sahaja yang paling teruk terjejas dengan pelan pemindahan ini, maka tidak mengejutkan jika ramai daripada mereka tidak bersetuju,” kata Pengarah Eksekutif KedaiKOPI, Kunto Wibowo menerusi kenyataan dikeluarkan semalam.

 

Tambah Wibowo, hasil tinjauan menunjukkan 39.8 peratus responden tidak bersetuju dengan pelan pemindahan itu.

 

Sebanyak 35.6 peratus responden bersetuju manakala 24.6 peratus memilih untuk tidak memberikan pendapat mereka

 

Sumber: Utusan Malaysia