2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-03-12 at 11.51.54 AM
Uncategorized

Lima negara bergabung gugurkan bantuan di Gaza

Pesawat tentera dari lima negara menyertai misi menggugurkan bantuan kemanusiaan di Genting Gaza pada Ahad ketika kawasan utara wilayah itu dilanda krisis kebuluran yang semakin meruncing.

Operasi diketuai Jordan itu turut dinantikan ratusan penduduk Palestin yang berlari ke kawasan tepi pantai untuk mengambil palet bekalan asas yang digugurkan dari udara.

Menerusi laporan Sinar Harian, jurucakap tentera memaklumkan Amerika Syarikat (AS), Perancis, Belgium dan Mesir juga menyertai misi bantuan itu termasuk enam operasi bersama di utara Gaza.

“Amman telah melakukan sebanyak 37 operasi menggugurkan bantuan dari udara dan 40 lagi dengan kerjasama ‘negara rakan’ yang lain,” jelasnya.

Difahamkan, bunyi pesawat adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Gaza sejak akhir bulan lalu setelah bantuan kemanusiaan melalui darat sengaja disekat rejim Zionis.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sebahagian besar 2.4 juta penduduk Gaza berada di ambang kebuluran terutamanya di kawasan utara.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan memberitahu angka kematian akibat malnutrisi dan dehidrasi telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 23 orang dan kebanyakannya ialah kanak-kanak.