2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2022-12-21 at 10.23.29 AM
Info Semasa

Lebih 72,000 mangsa banjir di 5 negeri

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di seluruh negara kini mencecah 72,358 orang daripada 20,422 keluarga setakat jam 12 tengah malam ini.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 445 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima negeri.

Daripada jumlah itu, 40,722 mangsa daripada 11,323 keluarga di Terengganu kini ditempatkan di 300 PPS membabitkan 12,191 kanak-kanak dan 1,272 bayi.

Sementara itu di Kelantan, sebanyak 138 PPS kini beroperasi untuk menempatkan 31,313 orang mangsa dari 9,005 keluarga termasuk warga emas dan warga OKU selain kanak-kanak dan bayi.

Dua PPS masing-masing di Perak dan Johor masih beroperasi dengan kurang 60 orang mangsa bagi setiap negeri.

Di Pahang, tiga PPS masih beroperasi yang menempatkan 221 mangsa daripada 62 keluarga.

Sumber: BH