KOMUNITI MEMERLUKAN DI BERUAS, PERAK TERIMA AGIHAN TENANG KIT
Perak, 3 Mei – Serantau Muslim meneruskan misi bantuan kepada golongan dhaif dan memerlukan di seluruh negeri termasuklah di kawasan Beruas, Perak.
Mereka yang menerima bantuan barangan dapur atau Tenang Kit ini adalah rata-rata dari kalangan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bantuan Tenang Kit ini sedikit sebanyak memberi kegembiraan buat mereka dalam menghadapi bulan Ramadan.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Semoga segala bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Orang ramai di luar sana yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam membantu mereka yang memerlukan adalah amat digalakkan terutama dalam bulan mulia ini. Teruskan layari www.serantaumuslim.org.my untuk maklumat lanjut.
Terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus menyumbang!
#BantuanKecemasan
#SerantauMuslim
#SedekahSerantauMuslim
Sumber: Media Serantau Muslim