2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMBANTUAN KECEMASANInfo SemasaKenyataan MediaKESIHATAN

HOSPITAL DI KLANG TERIMA AGIHAN BUAH-BUAHAN SEGAR DARI SERANTAU MUSLIM

Klang, 4 Mei – Hospital Ampuan Rahimah, Klang telah menerima agihan buah-buahan segar untuk para petugas barisan hadapan berbuka di hospital berkenaan semalam.

Sebanyak enam kotak buah-buahan segar telah dihantar ke hospital berkenaan. Buah-buahan tersebut terdiri daripada buah anggur, oren dan epal.

Dalam masa yang sama, Serantau Muslim sentiasa berharap hero-hero negara terus berada dalam keadaan selamat dan terus tabah dalam menghadapi tugas merawat pesakit COVID-19.

Tidak dilupa juga, Serantau Muslim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang bersama-sama menyalurkan bantuan demi membantu mereka yang memerlukan di seluruh negara sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.

Serantau Muslim juga mendoakan negara kita, Malaysia ini khususnya seluruh negara di dunia bebas dari wabak berbahaya ini secepat mungkin.

#SerantauMuslim

#SedekahSerantauMuslim

#HeroMalaysia

Sumber: Media Serantau Muslim