2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMBANTUAN KECEMASANInfo SemasaKenyataan MediaKESIHATAN

SERANTAU MUSLIM SERAHKAN PORTABLE AIRCOND KEPADA HERO MALAYSIA

PAHANG, 3 MEI – Serantau Muslim telah berjaya mengagihkan sumbangan kepada Hero Malaysia yang berbentuk bantuan Protable Aircond kepada Hospital Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang dan Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, Pahang semalam.

Bantuan ini adalah salah satu keperluan yang sangat penting bagi mengurangkan masalah para petugas kesihatan di hospital berkenaan.

Cuaca yang tidak menentu di negara kita ini memerlukan bantuan seperti ini untuk digunakan para petugas demi memudahkan urusan mereka merawat pesakit COVID-19.

Alhamdulillah, berkat sumbangan masyarakat kita ini juga, serba sedikit beban pihak hospital berjaya dikurangkan.

Serantau Muslim juga berbesar hati kerana telah berjaya menyampaikan amanah ini kepada pihak yang memerlukan.

Terima kasih juga atas sumbangan dan perhatian anda 😊

Semoga usaha kita diberkati Allah SWT. Aamin.

#SerantauMuslim

#SedekahSerantauMuslim

#HeroMalaysia

#AndaHeroKami