2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

KERAJAAN INDONESIA CADANG HARAMKAN SEKS SEBELUM BERKAHWIN MENDAPAT TENTANGAN PENUNJUK PERASAAN

JAKARTA, 1 Oktober – Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi bagi menentang cadangan kerajaan untuk mengharamkan seks sebelum berkahwin serta kelemahan agensi anti graf.

Dalam insiden terbabit, dua pelajar dilaporkan maut manakala ratusan lagi cedera.
Di Jakarta, 26,000 anggota keselamatan termasuk polis dan askar dikerah untuk mengawal keadaan berdekatan banggunan parlimen.

Tunjuk perasaan tercetus selepas beberapa rang undang-undang diperkenalkan, termasuk meletakkan seks luar nikah sebagai jenayah.

Sumber: Utusan Malaysia