2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

JUMLAH KEMATIAN GEMPA MALUKU MENINGKAT 30 ORANG

JAKARTA, 30 Sept.: Jumlah kematian gempa bumi di Maluku, timur Indonesia meningkat kepada 30 orang, menurut agensi penyelaras bencana nasional (BNPB) dan ratusan ribu penduduk masih di pusat perlindungan.

Gempa 6.5 magnitud itu melanda, awal Khamis lalu, ia merosakkan ratusan rumah dan puluhan kemudahan awam termasuk jambatan utama ke bandar Ambon.

Pihak berkuasa melaporkan 20 kematian, Khamis lalu. Ramai yang terbunuh akibat ditimpa runtuhan.

Menurut kenyataan jurucakap BNBP, Agus Wibowo, lebih 150 orang cedera dan lebih 200,000 penduduk masih di pusat perlindungan.

Mereka yang hilang rumah membina khemah berhampiran hospital atau padang sekolah. Penduduk yang tinggal berhampiran pantai sudah berpindah ke kawasan lebih tinggi kerana bimbang dengan tsunami walaupun pihak berkuasa menolak kemungkinan ombak besar.

Sumber: Berita Harian