2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 04 September 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”TINDAKAN AMERIKA SYARIKAT SEMAKIN TIDAK BERKEPERIMANUSIAAN
“][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM menyifatkan tindakan Amerika Syarikat (AS) menghentikan pemberian dana kepada agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) adalah satu sikap yang sangat mementingkan diri sendiri dan tidak berkeperimanusiaan.

SERANTAU MUSLIM merasakan tindakan AS ini tidak wajar sama sekali kerana kira-kira 700,000 pelarian di Palestin yang menerima bantuan tersebut adalah mereka yang terlibat dalam perang dunia pada tahun 1948 seperti yang dirancang Yahudi dan sekutunya yang akhirnya membawa kepada penubuhan ibu kota Israel di Baitulmuqaddis.

SERANTAU MUSLIM melihat perkhidmatan 68 tahun yang dijalankan UNRWA dapat membantu pelarian mendapatkan rawatan perubatan, pendidikan dan keperluan asas lain seperti makanan dan minuman.

SERANTAU MUSLIM bersependapat dengan jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeneh, bahawa tindakan AS adalah sebagai serangan terhadap hak asasi rakyat Palestin dan akan terus meningkatkan keganasan di rantau tersebut.

SERANTAU MUSLIM berasa sedih memikirkan nasib pelarian di Palestin yang sangat daif dan memerlukan pelbagai jenis bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas kekurangan sebanyak RM891 juta dana yang disalurkan kepada mereka sebelum ini.

SERANTAU MUSLIM berharap pihak dunia dapat melakukan usaha lebih padu untuk mendapatkan dana yang lebih banyak demi membantu pelarian-pelarian ini.

SERANTAU MUSLIM yakin bahawa kehidupan penduduk di Palestin dapat dibantu dengan sumbangan dan sokongan daripada seluruh komuniti dunia dan memboikot semua barangan AS, Israel dan Yahudi.

SERANTAU MUSLIM percaya AS dan sekutunya akan lemah jika kesemua masyarakat dunia bersatu padu memboikot barang keluaran mereka.

SERANTAU MUSLIM ingin menyeru semua NGO-NGO Islam agar meneruskan lagi usaha untuk membantu pelarian di Palestin ini.

SERANTAU MUSLIM juga komited untuk membantu nasib umat Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim. Bagi sesiapa yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menyumbang di akaun 5641 0042 3099.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2365″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]