Kenyataan Media 03 Mei 2018
Kenyataan Media Serantau Muslim
03 Mei 2018 | Kekerasan Melampau Rejim Zionis
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) mengucapkan salam takziah terhadap 52 orang penduduk yang terbunuh sejak 30 Mac yang lalu. Kesemua mereka terkorban semasa mengadakan bantahan di sepanjang sempadan Israel dan Gaza. Dalam pada itu, pihak SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa marah terhadap rejim Zionis kerana mereka telah menggunakan kekerasan secara membabi buta terhadap petunjuk perasaan di sempadan tersebut walhal tindakan petunjuk perasaan sebenarnya tidak mencetuskan ancaman buat rejim Zoinis.
SERANTAU MUSLIM melihat insiden ini telah mencetuskan polemik dalam kalangan komuniti global. Tindakan rejim Zionis seperti takut dan terkesan dengan bantahan yang diadakan oleh rakyat Palestin kerana menggunakan peluru hidup untuk meleraikan bantahan tersebut bahkan mereka hanya boleh melepaskan tembakan sekiranya nyawa mereka diancam.
Laporan media menyatakan, Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Nickolay Mladenov melahirkan rasa kecewa dengan tindakan rejim Zionis kerana telah menembak kanak-kanak berusia 15 tahun, yang mana sepatutnya dilindungi daripada keganasan bukannya didedahkan dengan tindakan seperti itu.
Pada masa yang sama, SERANTAU MUSLIM menyokong kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteras dan Kesatuan Eropah (EU) yang menggesa siasatan bebas terhadap kematian penduduk Palestin. SERANTAU MUSLIM mengharapkan gesaan tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan insiden berdarah terus menerus berlaku.
Manakala Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo turut menyatakan bahawa beliau terbuka terhadap penyelesaian dalam pertelingkahan antara Israel dan Palestin. SERANTAU MUSLIM berharap kenyataan Setiausaha AS bukan hanya satu helah bertujuan mengaburi mata masyarakat global atau demi melunaskan agenda tersendiri semata.
SERANTAU MUSLIM berharap anggota Majlis Keselamatan PBB dapat membawa satu resolusi siasatan terhadap Israel tanpa sekatan dari mana-mana kuasa veto dunia. SERANTAU MUSLIM mengajak semua pihak dapat meneruskan usaha membawa perdamaian terhadap negara yang terjejas seperti Palestin dan lain-lain negara demi mengembalikan hak asasi manusia buat mereka. Diharap juga umat Islam dapat bersatu padu dalam apa jua keadaan bagi mengelakkan perkara tidak diingini terjadi.
“Persaudaraan Rentas Sempadan”
Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM