WhatsApp Image 2024-01-19 at 2.09.17 PM
Uncategorized

Kemerosotan pesat sistem kesihatan membimbangkan penduduk Gaza

Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggambarkan keadaan yang tragis ketika berada dalam hospital di Gaza di mana pesakit kini hanya menunggu ajal berikutan kekurangan kakitangan kesihatan, kemudahan dan bekalan ubat-ubatan.

Menurut laporan yang ditulis dalam Utusan, penyelaras pasukan perubatan kecemasan pertubuhan itu,  Sean Casey memaklumkan bahawa dia menghabiskan masa kira-kira lima minggu di wilayah Palestin yang dilanda perang dan melihat sendiri situasi pesakit di hospital setiap hari mengalami luka melecur teruk dengan patah tulang terbuka, menunggu beberapa jam atau hari untuk rawatan.

Dalam laporan tersebut, dia menyatakan dia sering diminta daripada pesakit untuk berikan mereka makanan atau air yang secara tidak langsung menunjukkan tahap terdesak.

Dia berkata hanya dapat melawat enam daripada 16 hospital yang berfungsi di Gaza daripada 36 hospital yang wujud sebelum perang meletus.

“Apa yang saya lihat secara peribadi adalah kemerosotan pesat sistem kesihatan bersama-sama tahap bantuan kemanusiaan yang semakin meningkat dan tahap akses kemanusiaan yang semakin berkurangan terutamanya ke kawasan di utara Gaza,” katanya.

Dia menyifatkan pesakit di utara Gaza yang pada dasarnya hanya menunggu masa untuk mati dalam hospital yang tidak mempunyai bahan api, tiada kuasa elektrik, tiada air.

“Kami cuba setiap hari selama tujuh hari untuk menghantar bahan api dan bekalan ke utara ke Kota Gaza. Namun, setiap hari, permintaan untuk pergerakan yang diselaraskan itu ditolak,” ujarnya.

Menurut Casey, hospital-hospital itu dibanjiri dengan pesakit semasa beroperasi dengan jumlah kakitangan yang minimum.

Pengarah hospital di Gaza juga memberitahunya bagaimana pakar bedah mereka, pakar bedah plastik, misalnya, tidak boleh melakukan pembedahan kerana terpaksa keluar mengumpul kayu untuk membakar kayu api untuk memasak untuk keluarganya.

Pertempuran melanda Gaza sejak serangan bersejarah Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel yang mengakibatkan kematian kira-kira 1,140 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

Sekurang-kurangnya 24,448 rakyat Palestin, kira-kira 70 peratus wanita, kanak-kanak dan remaja mereka terbunuh dalam pengeboman dan serangan darat Israel, menurut angka terkini Kementerian Kesihatan Gaza.

Hamas dan militan lain merampas kira-kira 250 tebusan semasa serangan 7 Oktober lalu dan sekitar 132 kekal di Gaza, termasuk sekurang-kurangnya 27 dipercayai terbunuh.

Menyuarakan seruan serupa oleh Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, Casey berkata keperluan paling kritikal di Gaza adalah gencatan senjata yang sebenar.

Di selatan, Casey berkata, dia melawat kompleks perubatan Nasser, di mana mereka hanya mempunyai 30 peratus kakitangan mereka yang tinggal dan kira-kira 200 peratus kapasiti katil mereka, jadi pesakit berada di mana-mana koridor dan di atas lantai.

“Saya pergi ke unit melecur di mana terdapat seorang doktor menjaga 100 pesakit. Bencana kemanusiaan yang berlaku setiap hari semakin buruk” kata Casey.

Sama-samalah kita terus berdoa agar penduduk di Gaza agar pulih sepenuhnya dan berada dalam lingungan Allah SWT.