WhatsApp Image 2023-11-20 at 9.54.39 AM
Info Semasa

Israel tidak layak berhujah tentang undang-undang, mereka sendiri pembunuh – Turkiye

ISTANBUL: Kerajaan Turkiye terus berbalah dengan Israel berhubung perang di Gaza, sekali gus memburukkan hubungan kedua-dua pihak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Luar Negeri Turkiye menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Israel, Eli Cohen cuba ‘menutup jenayah yang dilakukan mereka sendiri’ dengan menyerang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Menurut kenyataan kementerian yang dipetik dari laporan Utusan, pihak berkuasa Israel sudah kehilangan legitimasi mereka dalam pandangan moral kemanusiaan, tidak akan dapat menyembunyikan jenayah yang mereka lakukan dengan mengebom hospital dan membunuh wanita dan kanak-kanak secara terang-terangan di mata dunia.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Cohen dan Netanyahu berkata, mereka tidak akan membenarkan Erdogan untuk memberi ‘ceramah’ kepada Israel mengenai tingkah laku mereka di Gaza.

Pemimpin Turkiye itu sebelum itu menggelarkan Israel sebagai ‘negara pengganas’ dan menyatakan pemimpin Israel sepatutnya didakwa melakukan jenayah perang di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda.