2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-04-22 at 12.52.35 PM
Uncategorized @ms

Israel terus sekat kemasukan bahan api, gas memasak ke Gaza

Bagi tujuh bulan berturut-turut, Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza, terutamanya Bandar Gaza dan bahagian utaranya.

Menerusi Harian Metro yang memetik laporan Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan pejabat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan dan kesihatan yang meruncing berikutan serangan ke atas Gaza dan kebergantungan penduduk kepada sumber alternatif, seperti kayu api, arang dan runtuhan bangunan untuk menghidupkan api, mengakibatkan ratusan penduduk menghadapi masalah pernafasan.

Ia berkata, ratusan kes masalah pernafasan direkodkan akibat mereka berjam-jam terdedah kepada api yang digunakan untuk memasak dan berdiang yang akan memburukkan lagi krisis dan meningkatkan kes kanser paru-paru dan penyakit berkaitan pernafasan kerana menghidu gas berbahaya.

Realiti kemanusiaan, kesihatan dan alam sekitar yang sukar memerlukan campur tangan segera untuk menoktahkan krisis ini dan membawa masuk barangan keperluan asas, yang paling utama ialah gas memasak dan bahan api, kata pejabat itu.

Ia menggesa masyarakat antarabangsa dan pihak prihatin supaya memberikan tekanan terhadap Israel untuk segera menangani krisis ini dan membenarkan kemasukan bekalan gas memasak dan bahan api, menurut Petra.

Kenyataan itu menekankan bahawa menyekat akses kepada keperluan barangan asas adalah satu jenayah selain daripada serangan genosid Israel terhadap warga Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.