2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-02-20 at 10.40.24 AM
Info Semasa

Israel lancar serangan udara ke atas Syria dua minggu selepas gempa bumi

Damsyik: Israel melancarkan serangan udara ke atas Syria dengan mensasarkan kawasan perumahan di tengah Damsyik awal Ahad.

Lapor berita Harian Metro, letupan kuat kedengaran di ibu negara kira-kira 12.30 tengah malam waktu tempatan dan agensi berita rasmi, SANA melaporkan, pertahanan udara Syria ‘berdepan sasaran musuh di ruang udara Damsyik’.

Agensi berita itu yang memetik sumber pihak tentera berkata, lima terbunuh termasuk seorang tentera dan 15 orang awam cedera, selain bangunan kediaman musnah.

The Syrian Observatory for Human Rights, pemantau perang berpangkalan di UK melaporkan 15 termasuk wanita terbunuh dalam serangan yang mensasarkan lokasi dikaitkan dengan militan Iran dan kumpulan militan Lubnan, Hizbullah di kawasan luar bandar Damsyrik dan sebuah sekolah Iran di kejiranan Kafr Sousa di ibu negara.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan daripada Israel berhubung serangan itu.

Serangan udara dilakukan Israel kerap mensasarkan lokasi di sekitar Damsyik.

Serangan pada Sabtu adalah yang pertama sejak gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 melanda Turki dan Syria pada 6 Februari.

Serangan terakhir yang dilaporkan ke atas Damsyik adalah pada 2 Januari, apabila tentera Syria melaporkan tentera Israel melepaskan peluru berpandu ke arah lapangan terbang antarabangsa ibu negara Syria pada awal Isnin.

Serangan itu menyebabkan operasi lapangan terbang tergendala, selain membunuh dua tentera dan mencederakan dua yang lain.

Israel sudah melakukan beratus-ratus serangan ke atas sasaran di dalam kawasan yang dikawal kerajaan di Syria sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi jarang mengakui atau membincangkan operasi itu.