2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-02-20 at 10.40.24 AM (1)
Info Semasa

Kebanyakan dakwaan susu formula bayi tidak disokong data sains – Kajian

PARIS: Sebahagian besar dakwaan berkaitan kesihatan yang digunakan untuk iklan susu formula bayi di seluruh dunia tidak disokong oleh bukti saintifik yang menyeluruh, kata satu kajian hari ini yang menggesa pengganti susu ibu itu dijual menggunakan pembungkusan biasa.

Menurut sumber Berita Harian, kajian itu dibuat seminggu selepas sekumpulan doktor dan saintis menggesa tindakan tegas terhadap industri susu formula yang menggunakan teknik pemasaran licik dengan mengeksploitasi kebimbangan ibu bapa, malah meyakinkan mereka supaya tidak memberikan susu ibu.

Penyusuan susu ibu diketahui mempunyai manfaat kesihatan yang besar untuk bayi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama selepas bayi dilahirkan.

Bagaimanapun, menurut WHO, saranan itu dilakukan kurang daripada separuh bayi di seluruh dunia.

Pensyarah kanan kehormat di Imperial College London dan pengarang kajian baharu itu, Daniel Munblit, berkata kumpulan penyelidik tidak melancarkan ‘perang’ bagi menentang susu formula yang sepatutnya menjadi pilihan bagi ibu yang tidak boleh atau memilih untuk tidak menyusukan bayi mereka.

“Bagaimanapun, kami membantah sekeras-kerasnya kaedah pemasaran susu formula bayi yang tidak sesuai, dengan dakwaan mengelirukan yang tidak disokong oleh bukti kukuh,” katanya kepada AFP.

Munblit dan pasukan penyelidik antarabangsa meneliti dakwaan melampau berkaitan kesihatan yang dibuat oleh 608 produk di laman web syarikat susu formula bayi di 15 negara, termasuk Amerika Syarikat, India, Britain dan Nigeria.

Dakwaan paling biasa adalah susu formula itu menyokong perkembangan otak, menguatkan sistem imun dan secara lebih meluas membantu pertumbuhan anak-anak.

Menurut kajian itu yang diterbitkan dalam jurnal BMJ, sebahagian daripada produk berkaitan tidak mengaitkan dakwaan melampau berkaitan manfaat kesihatan bagi penggunaan bahan tertentu.

Dalam kalangan produk yang memberikan rujukan saintifik, lebih daripada separuh merujuk kepada ulasan, pendapat atau penyelidikan mengenai haiwan.

Hanya 14 peratus daripada produk merujuk kepada ujian klinikal berdaftar ke atas manusia.

Kajian sama turut memberitahu, 90 peratus daripada ujian berkenaan didapati mengundang risiko berat sebelah yang tinggi, termasuk data yang hilang atau penemuan tidak menyokong dakwaan itu.