2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-02-07 at 10.23.29 AM
Info Semasa

Gempa Turkiye: Erdogan isytihar berkabung 7 hari

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan gempa bumi dahsyat yang mencatat kemusnahan besar di negara itu.

“Bendera kami akan dikibarkan separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad, 12 Februari 2023, di semua perwakilan negara kami dan negara asing,” kata Erdogan.

Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 setakat ini dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.

Itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini kepada lebih 3,823.

Beribu-ribu lagi cedera, dan usaha pemulihan masih belum selesai.

Angka kematian dijangka meningkat dengan ketara.

Gempa bumi 7.8 awal pagi semalam menggegarkan Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.