2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ARAB SAUDI KUTUK ISRAEL ROBOH RUMAH PALESTIN

 

RIYADH, 24 JULAI – Arab Saudi mengutuk tindakan Israel yang merobohkan kediaman penduduk Palestin dalam satu operasi kontroversi, sekali gus menggesa kuasa besar dunia untuk menghentikan kekejaman ini.

 

Dalam satu kenyataan, kabinet Arab Saudi mengutuk keras dan mengecam pihak berkuasa pendudukan Israel kerana merobohkan puluhan kediaman di timur Baitulmaqdis.

 

Arab Saudi juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dalam menghentikan pencerobohan ini dan kekejaman yang mensasarkan rakyat Palestin.

 

Dalam kejadian itu, Israel telah merobohkan 12 bangunan milik Palestin termasuk beberapa bangunan bertingkat yang dianggap haram dalam operasi kontroversi pada Isnin lalu.

 

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendapati sekurang-kurangnya 24 orang termasuk 14 kanak-kanak terpaksa berpindah.

 

Tindakan merobohkan rumah rakyat Palestin, yang sebahagian besar masih dalam pembinaan, turut dikutuk Kesatuan Eropah (EU) dan pegawai PBB.

 

Israel mendakwa kediaman yang terletak di selatan Baitulmaqdis itu dibina terlalu dekat dengan sempadan pemisah Tebing Barat yang diduduki dan boleh mendatangkan risiko keselamatan.

 

Operasi merobohkan bangunan itu juga diluluskan oleh Mahkamah Agung selepas melalui proses perundangan yang panjang.

 

Sumber: Berita Harian