2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

WASHINGTON – Lebih 30 orang maut selepas puting beliung membadai seluruh negeri di selatan Amerika Syarikat pada Ahad dan Isnin lalu.

Puting beliung itu dilaporkan membadai negeri seperti Texas, Arkansas, Louisiana, Mississippi, Alabama, Georgia, Carolina Utara dan Selatan serta Tennessee.

Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi pada Isnin berkata, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di Mississippi, sementara sembilan terkorban di Carolina Selatan dan tujuh orang di Georgia.

Selain itu, Carolina Utara, Tennessee, dan Arkansas melaporkan sekurang-kurangnya satu kematian.

Lebih sejuta rumah dan perniagaan mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut poweroutage.us.

Ribut juga menyebabkan kecederaan, rumah rosak, pokok tumbang dan penutupan jalan raya.

Sumber: Sinar Harian