2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
a16f770a-c14a-4621-be93-ddff6370217c.jpg
Info Semasa

12.3 juta kanak-kanak Syria memerlukan bantuan – PBB

BEIRUT: Lebih ramai kanak-kanak Syria yang memerlukan bantuan berbanding bila-bila masa sejak perang saudara yang dahsyat meletus lebih sedekad lalu, namun dana untuk mereka ‘mengurang’, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan semalam.

“Kanak-kanak Syria telah menderita terlalu lama dan tidak sepatutnya menderita lagi,” kata agensi kanak-kanak PBB dalam satu kenyataan, sambil menyatakan bahawa 12.3 juta memerlukan bantuan di dalam negara dan di wilayah yang lebih luas tempat mereka melarikan diri.

“Lebih 6.5 juta kanak-kanak di Syria memerlukan bantuan, jumlah tertinggi dicatatkan sejak permulaan krisis, lebih 11 tahun lalu,” tambahnya.

Perang Syria dianggarkan telah membunuh hampir setengah juta orang dan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal sejak ia bermula dengan tindakan keras terhadap protes antikerajaan pada 2011.

Ia meningkat untuk menarik kuasa asing dan pejuang jihad global.

“Keperluan kanak-kanak, di dalam Syria dan di negara jiran, semakin meningkat,” kata Adele Khodr, ketua Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Asia Barat.

“Banyak keluarga bergelut untuk menampung kehidupan. Harga bekalan asas termasuk makanan melambung tinggi, sebahagiannya akibat krisis di Ukraine.”

Kanak-kanak adalah antara yang paling terdedah dan PBB memberi amaran bahawa mereka akan menanggung kesan yang teruk.

“Di negara-negara jiran Syria, yang tertekan oleh ketidakstabilan dan kerapuhan politik, hampir 5.8 juta kanak-kanak bergantung kepada bantuan, kehidupan mereka penuh dengan kemiskinan dan kesusahan,” tambah Khodr.

UNICEF berkata, mereka menghadapi kekurangan wang tunai yang teruk untuk memberikan bantuan.

“Pembiayaan untuk operasi kemanusiaan sementara itu semakin berkurangan,” kata Khodr.

“UNICEF telah menerima kurang daripada separuh daripada keperluan pembiayaannya untuk tahun ini.

“UNICEF menggesa AS$20 juta (RM87.39) untuk membiayai ‘operasi rentas sempadan’ di barat laut Syria – enklaf pemberontak utama terakhir negara – untuk mewujudkan ‘satu-satunya talian hayat untuk hampir sejuta kanak-kanak’.

Sumber: BH