2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
366b0215-8086-423c-a7bf-8eefae9a357d.jpg
Info Semasa

Dua penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel

RAMALLAH: Dua penduduk Palestin maut ditembak oleh tentera Israel ketika dalam satu operasi serbuan berhampiran Ramallah di Tebing Barat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan.

“Pihak kami dimaklumkan mengenai berita kematian dua penduduk Palestin selepas rejim zionis melepaskan tembakan terhadap mereka, berhampiran kem pelarian Jalazun,” jelas kementerian itu.

Setakat ini, maklumat berkaitan identiti mangsa masih belum didedahkan.

Sementara itu, tentera Israel berkata, pihaknya berjaya `meneutralkan’ dua suspek selepas mereka cuba menyerang anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Insiden itu berlaku sehari selepas beberapa penduduk Israel termasuk anggota tentera cedera dalam siri serangan di Tebing Barat sehingga mencetuskan ketegangan.

Menurut tentera Israel, pihaknya juga menahan 16 orang dalam serbuan dijalankan di sekitar Tebing Barat.

Rabu lalu, empat penduduk Palestin terbunuh di bandar Jenin berikutan operasi serbuan yang menyasarkan dua suspek terlibat dalam sejumlah insiden tembakan.

Sumber: Utusan