2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

CHINA DIDAKWA BUKA PUSAT TAHANAN RAHSIA DI DUBAI, TAHAN ETNIK UIGHUR

NEW YORK: Seorang wanita warga China mendedahkan dia telah ditahan selama lapan hari di sebuah pusat tahanan rahsia Beijing di Dubai bersama dua etnik Uighur.

Menurut Laporan AP, pendedahan itu membuktikan China mengendalikan apa yang dinamakan ‘lokasi hitam’ di luar sempadannya.

Wanita berkenaan, berusia 26 tahun dari Wu Huan, melarikan diri untuk mengelak diserahkan semula ke China kerana tunangnya dianggap sebagai pembangkang di negara itu.

Wu memberitahu, dia diculik dari sebuah hotel di Dubai dan ditahan oleh pegawai China di sebuah vila yang dijadikan sebagai pusat tahanan di mana dia melihat ada dua lagi tahanan, kedua-dua etnik Uighur.

Dia disoal dan diancam selain dipaksa menandatangani dokumen undang-undang mengenai tunangnya itu. Dia bagaimanapun dibebaskan pada 8 Jun lalu dan sekarang mencari suaka di Belanda.

Perakuran Wu itu membuktikan Beijing turut ‘mewujudkan’ pusat tahanannya di negara luar selain menggunakan pengaruh antarabangsa untuk menahan atau membawa kembali warganegara yang dianggap sebagai pembangkang, suspek rasuah atau etnik minoriti seperti Uighur.

Sumber: Utusan Malaysia