2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

1SR@EL ROBOHKAN 57 RUMAH KELUARGA PALESTIN

TEBING BARAT: Zionis Israel semakin kejam apabila bertindak merobohkan, mengusir serta memaksa 57 keluarga Palestin keluar dari rumah sendiri di Tebing Barat.

Penindasan itu berlaku sejak 27 Julai sehingga 9 ogos lalu seperti laporan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

Pihak berkuasa Israel merobohkan kediaman penduduk sehingga menyebabkan 97 orang hilang tempat tinggal termasuk 67 kanak-kanak serta menjejaskan nasib 240 penduduk lain.

Antara struktur bangunan yang dirobohkan termasuk 17 kediaman di Ibziq yang menyebabkan 27 penduduk termasuk 19 kanak-kanak tidur berbumbungkan langit dan beralaskan tanah.

Di bahagian timur Baitulmuqaddis, sebanyak 12 struktur kediaman dimusnahkan termasuk lima premis di Dahiyat al Bareed.

Laporan sama turut mendedahkan tindakan Israel yang menghancurkan 40 pokok milik rakyat Palestin dan lima kenderaan semasa pengusiran secara paksa itu.

Sumber: Utusan Malaysia