2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

BANJIR DAN TANAH RUNTUH DI NEPAL, 23 TERBUNUH, PULUHAN MASIH HILANG

KATHMANDU – Hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang dan ribuan lagi hilang tempat tinggal di barat Nepal.

Menurut pentadbir daerah, Gyan Nath Dhakal, sembilan orang terbunuh dan lebih 30 orang lagi hilang di daerah Myagdi, 200 kilometer (km) di barat laut ibu kota Kathmandu, di mana beberapa rumah musnah.

“Jumlah korban dijangka meningkat ketika penyelamat baru sampai di lokasi terpencil untuk mencari mangsa,” kata Dhakal sambil menambah 50 orang lagi diselamatkan menggunakan helikopter.

Sementara itu, di daerah Kaski yang berdekatan, tujuh orang terbunuh, manakala jauh di daerah barat di Jajarkot, tujuh orang didapati terbunuh.

Pegawai kanan polis, Kishore Shrestha, berkata pihaknya meneruskan pencarian lapan orang yang masih hilang.

“Sementara itu, di sempadan selatan dengan India iaitu sungai Koshi, yang saban tahun menyebabkan banjir di bahagian Bihar, India Timur, mengalir deras di atas paras bahaya.

“Tanah runtuh dan banjir kilat sering berlaku di kawasan pergunungan Nepal ketika musim hujan pada Jun hingga September setiap tahun,” katanya.

Sumber: Berita Harian