2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ANGGOTA TUDM MAUT PESAWAT HAWK TERHEMPAS

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy maut selepas pesawat Hawk dinaikinya bersama seorang lagi anggota terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam semalam.

TUDM dalam kenyataannya memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 10.07 malam ketika pesawat terbabit sedang melaksanakan latihan penerbangan.

Menurut TUDM jenazah Kapten Mohamad Affendi telah diuruskan untuk tindakan lagi.

Seorang lagi anggota yang terlibat dalam kemalangan itu, Mejar Mond Fareez Omar dilapor cedera dan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.

“Beliau berada dalam keadaan selamat dan stabil,” kata kenyataan TUDM.

Kedua-dua juruterbang telah berkahwin dan keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai insiden dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga anggota berkenaan diutamakan.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung inside kemalangan ini.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih,” kata TUDM.

Lembaga Sisatan Terperinci akan ditubuhkan TUDM berhubung insiden tersebut. 

Dalam insiden ini, Serantau Muslim mendoakan agar keluarga arwah tabah menerima ujian dan diberi kesembuhan kepada rakan arwah.

Sumber: Alhijrah News