Kenyataan Media

AKTIVITI SEMBURAN RACUN ISRAEL JEJAS TANAMAN DAN PENDUDUK PALESTIN

 

BAITULMAQDIS, 22 JULAI – Pesawat Israel telah bertindak kejam dengan membuat semburan racun bahaya bersebelahan zon penampan sepanjang sempadan Gaza yang menjejaskan kehidupan penduduk Palestin secara langsung dan melanggar piawaian antarabangsa.

 

Kajian mengikut pergerakan racun berkenaan ke sebelah Gaza dan merumuskan ia membunuh tanaman dan menyebabkan kerosakan tidak dapat dijangka dan tidak boleh dikawal.

 

Laporan oleh penyelidik ini juga merumuskan semburan itu sampai lebih 300 meter ke dalam wilayah Gaza.

 

Kajian dilakukan agensi penyelidik beribu pejabat di Goldsmiths, Universiti London, Forensic Architecture, yang menyiasat selama 16 bulan mengenai kesan semburan.

 

Ketua penyelidik berkata, dalam masa lima tahun lalu pesawat Israel menyembur racun lebih 30 kali di Israel, di sebelah zon penampan dengan Gaza, yang ditadbir Hamas.

 

Kementerian Pertahanan Israel berkata, aktiviti yang perlu atas alasan keselamatan, itu dikendalikan cuma di wilayah Israel dan diselia oleh profesional bertauliah.

 

Peladang yang tinggal dan bekerja di kawasan itu, bagaimanapun mendakwa tanaman dan kehidupan mereka terjejas disebabkan aktiviti itu.

 

 

Sumber: Berita Harian