2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-17 at 3.32.28 PM (2)
Uncategorized

Aktivis Yahudi, ketua pembangkang kecam kekejaman Israel di Gaza

Sekumpulan aktivis muda Yahudi yang menentang dasar Israel dengan menyerbu bangunan Parlimen Austria di Vienna bagi menyuarakan penolakan mereka terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel di Gaza.

Menurut Utusan yang memetik laporan agensi berita Palestin WAFA, organisasi dikenali Don’t Speak for Us itu menentang kedudukan Israel dan mengganggu sesi Parlimen Austria sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Aktivis itu turut bertindak menaikkan bendera Palestin dan melemparkan risalah di dalam bangunan Parlimen.

Kumpulan itu mengecam kekejaman Zionis serta meminta pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Gaza dihentikan segera sebelum polis tiba dan memaksa mereka keluar dari bangunan tersebut.

Sementara itu, lapor Agensi berita Anadolu, Ketua pembangkang Israel, Yair Lapid turut mengecam  Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menyifatkan beliau tidak layak untuk memimpin perang di Gaza sehingga mengheret rejim itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Lapid berkata, kegagalan Netanyahu dalam menguruskan peperangan juga mendorong Israel terjerumus dalam krisis ekonomi yang teruk hingga menjejaskan wang rakyat.

“Kerajaan ini tidak mampu mengendalikan perang Gaza dan Netanyahu tidak layak layak untuk menguruskan negara. 

“Israel memerlukan perubahan secepat mungkin dan kita tidak sepatutnya menunggu lagi,” kata Lapid di laman X.

Afrika Selatan memfailkan tuntutan di ICJ mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dengan serangan kejam tentera yang sudah mengorbankan lebih 24,100 nyawa.

Negara itu juga meminta langkah sementara daripada mahkamah untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk menggesa Israel untuk segera menghentikan serangan tenteranya.

Dalam pada itu Lapid berkata, partinya bersedia untuk mengundi memihak kepada kerajaan alternatif yang akan dipimpin seorang perdana menteri baharu.

Gesaan semakin meningkat untuk mengadakan pilihan raya di Israel di tengah-tengah kritikan terhadap Netanyahu berhubung kegagalannya mengaku bertanggungjawab ke atas serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu.

Tinjauan pendapat yang dijalankan oleh media Israel dalam beberapa hari lalu mencadangkan jika pilihan raya awal diadakan, Netanyahu tidak akan dapat membentuk kerajaan.

Bekas Menteri Pertahanan dan anggota Kabinet perang, Benny Gantz dijangka menjadi calon yang boleh menggantikan Netanyahu.