2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

AGIHAN BANTUAN KECEMASAN KEBAKARAN DI FILIPINA

11 Nov 2021: Serantau Muslim yang diwakili Wamy Philippines telah membuat agihan untuk misi bantuan kecemasan kebakaran di Zambonga, Filipina.

Dalam agihan tersebut antara bantuan yang diberikan kepada penduduk yang terlibat setakat ini ialah pek makanan dan pakaian.

Berikut menunjukkan gambaran keadaan rumah yang terbakar.

Turut kelihatan hangus semua kelengkapan harian mereka yang terlibat.

Pada masa yang sama, Serantau Muslim turut mengagihkan beberapa kelengkapan lain seperti cadar, papan lapis, hardiflex, kayu-kayu dan paku.

Dalam agihan kelengkapan di atas sebanyak 100 keluarga telah menerima manfaat agihan berkenaan.

Buat makluman umum juga, agihan makanan diagihkan sementara mangsa-mangsa menunggu untuk proses pemindahan di pusat pemindahan dan rumah saudara mara yang berdekatan.

Semasa agihan dilakukan, sebanyak 230 pek makanan telah diagihkan kepada keluarga di Brgy, Recodo, Zamboanga City.

Lebih kurang 500 buah keluarga yang terjejas dalam insiden tersebut dan dianggarkan seramai 3,000 orang individu terlibat.

Antara bahan makanan yang diagih ialah beras, sepapan telur, mee udang, minyak masak dan gula.

Serantau Muslim menyeru semua komuniti seluruh dunia mendoakan mereka yang menerima musibah sepperti ini terus kuat dan tabah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Serantau Muslim, layari www.serantaumuslim.org.my.