2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

5 MAUT DALAM KEBAKARAN UNIT COVID-19 HOSPITAL BANGLADESH

DHAKA – Kebakaran unit pengasingan COVID-19 sebuah hospital di Bangladesh semalam mengakibatkan lima terkorban.

Tragedi berlaku di kawasan Gulshan di Dhaka tatkala negara itu terus mengalami peningkatan kes COVID-19.

Pegawai bomba, Kamrul Hasan, memberitahu AFP bahawa kebakaran berlaku selepas sebuah unit pendingin hawa meletup dalam bangsal milik United Hospital.

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh sekitar sejam dan lima mangsa terkorban akibat sesak nafas akibat kebakaran itu.,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Dhaka, Sudip Kumar Chakraborty menyatakan bahawa api merebak dengan cepat berikutan terdapat bahan mudah terbakar seperti cecair nyah kuman dalam bangsal terbabit.

“Tiga daripada mangsa adalah pesakit COVID-19 manakala dua lagi sudah disahkan negatif bagi virus itu,” katanya.

Pihak polis berkata, unit pengasingan itu baru dibina di hadapan hospital terbabit beberapa minggu lalu, khusus bagi merawat pesakit COVID-19.

Seorang doktor memberitahu juga memaklumkan bahawa semua pesakit panik akibta kebakaran itu, yang hanya menambah beban kepada mereka yang sememangnya tertekan akibat kes COVID-19.

Pandemik virus itu semakin buruk di Bangladesh sejak beberapa minggu lalu dengan kematian mencecah 544 kes dan hampir 40,000 mangsa jangkitan.

Awal minggu ini, kerajaan mengarahkan sebahagian besar hospital kerajaan mula merawat pesakit COVID-19, yang hanya dilakukan beberapa hospital swasta sebelum ini.