2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

TAJABERBUKA 2020: SERANTAU MUSLIM EDAR PEK MAKANAN ASAS KEPADA YANG MEMERLUKAN DI GAZA, PALESTIN

Serantau Muslim telah mengedarkan pek makanan asas kepada penduduk Palestin di Gaza semasa akhir Ramadhan lalu.

Aktiviti pengagihan barangan keperluan tersebut telah disempurnakan oleh petugas-petugas di sana dan semua penerima adalah mereka yang sangat memerlukan.

Pek makanan tersebut diisi dengan bahan makan ruji rakyat di sana dan ini adalah usaha Serantau Muslim yang sangat bermanfaat buat mereka sekali gus meringkankan beban yang dihadapi mereka.

Untuk makluman, tajaberbuka.com ini telah dijalankan di dalam dan di luar negara dan dengan Kerjasama dari pelbagai pihak. Program ini berlangsung sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Serantau Muslim mendoakan semoga segala usaha ini akan diberkati. Insha Allah.