2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-06-12 at 9.11.53 AM
Info Semasa

28 maut akibat hujan lebat di Pakistan

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 28 orang termasuk wanita dan kanak-kanak, maut selepas hujan lebat melanda beberapa bahagian di Pakistan pada Sabtu.

Sekurang-kurangnya 69 kediaman rosak akibat hujan manakala sekitar 145 orang cedera di beberapa wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab, lapor Berita Harian.

Terdahulu, jurucakap perkhidmatan penyelamat kecemasan Rescue 1122, Bilal Faizi memberitahu pemberita bahawa 20 orang maut manakala lebih 80 yang lain cedera di pelbagai kawasan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Angka kematian dijangka meningkat.