2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-16 at 10.00.07 AM (1)
Uncategorized @ms

25,000 kanak-kanak di Gaza anak yatim

Dianggarkan jumlah anak yatim di Gaza kini meningkat tiga kali ganda mencecah 25,000 orang berbanding 8,000 yang direkodkan sebelum perang akibat kekejaman rejim Zionis yang bermula pada 7 Oktober tahun lalu.

Menurut Utusan, jumlah tersebut merangkumi kanak-kanak yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali dalam serangan tidak berperikemanusiaan tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Dalam laporan lain, pejabat media Gaza melaporkan kira-kira 24, 100 orang rakyat Palestin terbunuh dan 60,834 lagi cedera terbunuh menyebabkan kanak-kanak, kehilangan ibu-bapa mereka.

Terdapat Visual dua kanak-kanak diselubungi debu, menangis ketika mereka mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan berikutan serangan udara Israel di kem Jabalia di Gaza.

Kata salah seorang daripada mereka, ayah dan abang mereka telah syahid.

Antara tapak yang menjadi sasaran Zionis selepas gencatan tamat adalah kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Mereka dengan kejam sengaja menyasarkan kawasan berkenaan yang padat dengan penduduk Gaza untuk dibunuh.

Rejim Israel berterusan melakukan serangan ke atas Gaza ketika kebimbangan antarabangsa meningkat terhadap jumlah kematian orang awam yang semakin bertambah pada hari ketiga selepas berakhirnya gencatan senjata.