2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

12 MAUT AKIBAT BANJIR DI KARACHI

 

KARACHI, 1 OGOS – pihak berkuasa dan kumpulan kebajikan mengesahkan sekurang-kurangnya 12 maut ketika hujan lebat akibat monsun melanda bandar pelabuhan Pakistan.

 

Kejadian itu juga menyebabkan bekalan kuasa di kawasan tersebut terputus.

 

Pihak berkuasa memaklumkan kematian itu berlaku majoritinya akibat terkena renjatan elektrik kerana jaringan bekalan kuasa yang tidak diselenggara dengan baik.

 

Sejumlah besar bandar itu mengalami terputus bekalan elektrik sehingga beberapa hari lamanya di sesetengah kawasan.

 

Wakil Yayasan Edhi yang memantau operasi perkhidmatan menyelamat di sana  turut memaklumkan , sehingga 15 orang terbunuh ketika banjir baru-baru ini.

 

Bagaimanapun, hospital kerajaan di bandar berkata, hanya 12 orang maut dalam insiden tersebut.

 

Kemarahan tercetus di bandar itu selepas satu video tular di media sosial menunjukkan dua kanak-kanak didakwa terkena renjatan elektrik daripada kabel yang jatuh ke dalam lopak.

 

“Syarikat elektrik perlu dipertanggungjawabkan atas kematian kanak-kanak oleh kerana keselamatan berada dalam tanggungjawab mereka,” kata Faisal Edhi yang mengetuai yayasan berkenaan.

 

Pengarah Universiti Perubatan Pasca Ijazah Jinnah, Dr Seemi Jamali, mengesahkan sembilan mayat dibawa ke hospital itu akibat terkena renjatan elektrik.

 

Tambahan tiga lagi mayat termasuk kanak-kanak daripada video yang tular, dibawa ke Hospital Abbasi Shaeed di bandar tersebut.

 

Bandar mega dengan 20 juta penduduk itu ditenggelami air sejak Isnin lalu, membanjiri kawasan kediaman dan menjurus sebahagian besar jalan raya sesak terkandas.

 

Sumber: Berita Harian