2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-03-23 at 9.51.56 AM
Uncategorized @ms

𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝟑 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢, 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐚𝐤 𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢

Setibanya kami di Marib, Yaman, kami terus ke kem pelarian As-Sumayah. Difahamkan ini adalah antara kem terbesar di Yaman.

Kem ini mempunyai lebih 100 ribu penduduk yang mana mereka adalah rakyat Yaman yang menjadi pelarian di dalam negara mereka sendiri.

Bila kami sampai, kami lihat sekolah ini semakin uzur, fasiliti sekolah sudah tiada. Kerusi dan meja pun tidak kelihatan.

Setiausaha Serantau Muslim, Muhammad Faeez Azahar terus berbincang dan bersetuju untuk membiayai fasiliti sekolah. Serantau Muslim akan membeli kerusi dan meja, papan putih dan kipas.

Alhamdulillah, dengan adanya fasaliti ini sekolah tersebut akan dapat kembali beroperasi.

Terima kasih semua, jom terus kita bantu Yaman! www.untukmuyaman.com

.

Laporan khas dari Misi Peduli Yaman