WhatsApp-Image-2024-03-20-at-11.10.56-AM-1
Uncategorized @ms

𝐒𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢 𝐘𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦 𝐚𝐢𝐫 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡

Ujian saudara kita serba serbi, macam-macam perkara Allah uji mereka. Mereka tidak senasib dengan kita, diberi pelbagai nikmat.

Di Yaman, nak dapat bekalan air bersih pun sukar. Kami turun ke Kara General Hospital di Marib, kami melihat berapa bermaknanya pam air bersih yang dibina oleh rakan NGO, GPM Malaysia di hospital itu.

Setiap hari ratusan ribu liter berjaya dihasilkan untuk memberi manfaat kepada para pesakit di hospital itu dan pendudu setempat. Mereka meluahkan rasa syukur kerana sebelum ini mereka terpaksa menggunakan air tidak bersih untuk proses rawatan.

Ini antara projek dan usaha yang boleh diteruskan oleh semua pihak, InshaAllah Serantau Muslim akan berbincang untuk bersama-sama meneruskan usaha baik ini.

Laporan Khas dari Misi Peduli Yaman