TRUMP HEIGHTS DIRASMI NETANHAYU
BUKIT GOLAN, 18 JUN – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu merasmikan penempatan baharu di Bukit Golan dengan menamakannya sempena nama ‘rakan karibnya’ Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Netanyahu memperkenalkan papan tanda ‘Trump Heights’ yang memaparkan bendera Israel dan AS sebagai mercu lokasi penempatan baharu itu.
Israel yang mengiktiraf Bukit Golan sebagai wilayahnya itu dilihat tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Acara perasmian itu berlangsung sejurus Presiden AS mengiktiraf kedaulatan Israel di dataran tinggi strategik yang dirampas dari Syria semasa Perang Enam Hari 1967 pada Mac lalu.
Sumber: Berita Harian
471