2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

GEMPA 6.3 MAGNITUD GEGAR PAPUA INDONESIA

JAKARTA, 20 JUN – Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gegaran mula dikesan sejauh 250 kilometer di barat bandar Abepura, wilayah Papua kira-kira jam 12.46 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 12 kilometer.

Gempa bumi yang berukuran 6.3 magnitud telah menggegarkan Papua di timur Indonesia hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran di Abepura tersebut dikatakan agak lemah dan kebanyakan penduduk tidak menyedarinya. Turut difaamkan tiada kecederaan mahupun kerosakan harta benda dilaporkan susulan gempa bumi itu.

Indonesia sering dilanda aktiviti seismik dan gunung berapi akibat kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.

Tahun lalu, gempa berukuran 7.5 magnitud diikuti gelombang tsunami di Palu pulau Sulawesi mengorbankan lebih 2,200 penduduk dengan ribuan lagi masih hilang.

Manakala pada 26 Disember 2004, gempa berukuran 9.1 magnitud menggegarkan wilayah Aceh diikuti tsunami yang mengorbankan lebih daripada 170,000 orang.

Sumber: Berita Harian