Info Semasa

#TERKINI Tiga maut gempa bumi landa Bali dan Pulau Jawa

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”Tiga maut gempa bumi landa Bali dan Pulau Jawa” font_container=”tag:h1|font_size:35|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

NUSA DUA (BALI): Tiga orang maut manakala beberapa bangunan rosak teruk apabila satu gempa bumi berukuran 6 melanda kepulauan Jawa dan Bali hari ini.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa di Laut Bali itu turut menggegarkan beberapa bangunan di pulau peranginan berkenaan, menyebabkan penduduk tempatan bertindak meninggalkan kediaman masing-masing di Denpasar.

Mesyuarat tahunan Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia akan diadakan minggu ini di Bali dengan dihadiri lebih 19,000 delegasi termasuk menteri, ketua bank pusat dan beberapa pemimpin lain.

Jurucakap agensi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, semua kematian itu berlaku di Jawa Timur dan kesemua mangsa dikatakan sedang tidur apabila bangunan yang mereka diami runtuh.

USGS berkata pusat gempa itu terletak 40 kilometer di timur Sumberanyar di Pulau Jawa.

Indonesia bulan lalu dilanda gempa bumi besar berukuran 7.5 dan tsunami di kepulauan Sulawesi yang meragut lebih 2,000 nyawa. – Reuters

Sumber: Berita Harian

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]