Info Semasa

TERKINI! Penyelamat terdesak, angka korban Palu kini 1,558

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”Penyelamat terdesak, angka korban Palu kini 1,558″ font_container=”tag:h1|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]PALU: Pasukan pencari terdesak untuk mencari mangsa yang terselamat, seminggu selepas gempa bumi dan tsunami dahsyat membadai Indonesia, menjadikan angka korban akibat bencana meningkat melebihi 1,500 orang.

Hanya sisa kemusnahan terlihat di Bandar Palu, pulau Sulawesi selepas bencana gempa bumi berukuran 7.5 magnitud dan tsunami, meranapkan rumah, menumbangkan pokok dan memusnahkan kenderaan.

Selepas beberapa hari tertunda, bantuan antarabangsa akhirnya mula tiba di zon bencana, dengan hampir 200,000 orang memerlukan bantuan kemanusiaan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB).

Segelintir yang terselamat, bertindak berani menjarah kedai dan lori-lori yang membawa bekalan dengan alasan terdesak untuk mendapatkan keperluan asas.

Insiden ini memaksa pihak berkuasa bertindak lebih tegas termasuk dibenar melepaskan tembakan sebagai amaran.

Pihak berkuasa sebelum ini menetapkan hari ini sebagai tempoh akhir untuk mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan, walaupun peluang untuk menemui mangsa yang terselamat sangat tipis.

Jurucakap tentera tempatan, Muhammad Thohir berkata angka korban meningkat kepada 1,558 orang, naik kira-kira 100 dari angka rasmi sebelumnya.

Lebih 100 orang masih belum ditemui, manakala beratus-ratus mayat sudah dikebumikan di kubur besar bertujuan membanteras wabak penyakit. – AFP

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/10/482144/penyelamat-terdesak-angka-korban-palu-kini-1558[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]