
Terkini: Israel bedil sekitar Hospital al-Quds
GAZA: Zionis melepaskan beberapa peluru berpandu menggunakan pesawat pejuang di sekitar Hospital al-Quds di kejiranan Tel al-Hawa, awal pagi dua hari lepas bagi memaksa penduduk yang mencari perlindungan di situ bergerak ke arah selatan.
Dalam laporan Berita Harian itu menyatakan kira-kira 12,000 orang sedang mencari perlindungan di hospital, selain kira-kira 400 pesakit dan ratusan yang cedera.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, Israel, mengancam untuk mengebom hospital Al-Quds.
Portal berita Wafa melaporkan, PRCS bagaimanapun menegaskan mereka tidak akan sesekali berpindah, malah turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai.
388