2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

‘TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KERANA MEMBERI NASKAH AL-QURAN NI’ – PENERIMA BANTUAN

TELOK MAS, Melaka, 12 Mac 2020 – Pagi ini, beberapa orang wakil Serantau Muslim (SM) telah berjaya menyantuni tiga orang ibu tunggal yang telah berusia dalam satu program yang dinamakan Kembara Prihatin (KP).

Dalam program kali ini, Puan Harirah, Puan Maznah dan Puan Rabiah telah disantuni dengan jayanya oleh wakil SM.

Kelainan kali ini ialah penerima bantuan turut menerima senaskah Al-Quran terjemahan beserta barangan untuk keperluan harian. Tafsir Al-Quran yang diterima penerima bantuan adalah hasil sumbangan pewakaf yang disalurkan kepada pihak SM.

Puan Maznah, 61 tahun yang mempunyai masalah tiga serangkai beserta komplikasi jantung mengucapkan ucapan terima kasih kepada pewakaf tafsir Al-Quran.

Manakala Puan Harirah, 64 tahun yang dilihat sukar berjalan selepas mengalami patah pada pangkal peha beserta penyakit diabetes mengucapkan rasa syukur dengan pemberian Al-Quran ini kerana dapat digunakannya setiap hari.

Puan Rabiah, 62 tahun pengidap kanser mata (mata kanan) pula sangat berterima kasih kepada pewakaf yang memberikannya naskah Al-Quran berkenaan. Penerima Al-Quran masing-masing kelihatan gembira dan tersenyum dengan pemberian ini.

Bagi mereka di luar yang ingin membantu asnaf yang lain tanpa mengira apa jua niat, boleh berbuat demikian melalui SM menerusi program Kembara Prihatin dengan melayari www.serantaumuslim.org.my/kembara-prihatin/ atau hubungi hotline SM, 03-8408 1789.