2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

TENTERA SRI LANKA SIASAT TINDAKAN HINA PENDUDUK ISLAM

COLOMBO: Tentera Sri Lanka melancarkan siasatan berhubung gambar yang tular menunjukkan anggotanya memaksa sekumpulan penduduk Islam berlutut di tepi jalan sebagai hukuman melanggar perintah berkurung.

Gambar yang dimuat naik di laman media sosial memaparkan beberapa anggota tentera mengarahkan penduduk berkenaan mengangkat tangan mereka sambil berlutut di atas jalan di pekan Eravur, kira-kira 300 kilometer (km) di timur Colombo.

Tentera Sri Lanka memaklumkan anggota berkenaan tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman demikian terhadap penduduk tersebut.

“Satu siasatan oleh Polis Tentera sudah dimulakan sebaik sahaja beberapa gambar berkaitan kejadian itu yang berlaku kawasan Eravur tular di laman media sosial,” kata tentera Sri Lanka dalam kenyataan.

Jelas kenyataan itu, pegawai yang bertugas telah dikenakan tindakan manakala anggota terlibat dalam kejadian itu diarah untuk meninggalkan pekan tersebut.

“Tentera akan mengambil tindakan displin yang drastik terhadap semua anggota tentera yang melakukan kesalahan,” jelas kenyataan itu.

Dilaporkan, ketika kejadian, mangsa sedang menuju ke restoran untuk membeli makanan.

Penduduk tempatan menganggap tindakan demikian sebagai menghina dan menjatuhkan maruah. 

Sumber: Utusan Malaysia