2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

TENTERA ISRAEL TEMBAK MATI RAKYAT PALESTIN

BAITULMAQDIS, 24 Feb – Tentera Israel telah menembak mati seorang rakyat Palestin yang disyaki meletakkan bom berdekatan sempadan Gaza, sebelum mengeluarkan mayatnya dengan jentolak, kata tentera semalam.

“Berikutan kejayaan menggagalkan serangan berdekatan pagar Semenanjung Gaza awal pagi ini (semalam), jentolak IDF (tentera Israel) mengeluarkan mayat seorang daripada penyerang,” menurut jurucakap tentera kepada AFP.

Terdahulu pagi ini, pasukan tentera berkata, ia ‘melihat dua pengganas cuba menghampiri pagar di selatan Semenanjung Gaza dan meletakkan peranti letupan bersebelahan dengannya’.

“Tentera kami berjaya menembak mereka,” menurut kenyataan tentera.

Berikutan insiden itu, satu video dari Gaza tersebar di media sosial menunjukkan jentolak sedang mengalihkan mayat yang tidak bersenjata itu.

Menteri Kesihatan Gaza berkata, dua rakyatnya cedera akibat tembakan tentera Israel di tempat kejadian.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Naftali Bennett, meneruskan dasar menyimpan mayat pejuang dari Gaza untuk ditawarkan sebagai pertukaran bagi menekan Hamas yang mengawal wilayah Palestin, yang turut menyimpan dua mayat tentera Israel sejak 2014.

Pergerakan Jihad Islam Palestin mengenalpasti mangsa yang maut itu sebagai Mohammed Al-Naem, 27, anggota pasukan bersenjata Al-Quds.

Dalam pada itu, tentera Israel turut mengedarkan rakaman berkenaan ‘peranti letupan yang diletakkan pasukan pengganas pagi ini’ dan menyatakan bahawa “ia adalah pasukan sama yang terbabit dalam percubaan meletakkan bahan letupan berhampiran pagar itu beberapa bulan lalu.

Sumber: Berita Harian