Info SemasaKenyataan Media

TENTERA ISRAEL TEMBAK MATI LELAKI PALESTIN

BAITULMAQDIS: Seorang lelaki Palestin ditembak mati, selepas didakwa cuba menikam anggota tentera Israel dekat Nablus, Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan, tentera memaklumkan anggotanya yang berkawal di pos Tebing Barat mengesan penyerang yang cuba menikam dua anggota tentera Israel.

“Seorang daripada anggota menghalang cubaan penyerang menikam mereka, manakala komander tentera yang berada di lokasi kejadian menembak ke arah penyerang,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, anggota tentera Israel tidak mengalami kecederaan, manakala jurucakap tentera memberitahu penyerang itu mati ditembak.

Sementera itu, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan seorang rakyatnya ditembak mati tentera Israel.

Mengikut rekod, Israel telah menjajah Tebing Barat sejak 1967.

Sumber: Berita Harian